SlavaRossii

Cari.Com Defense Forum

Advertisement

Guestbook

 

KLS Search

 



Tentera Darat Gunapakai Konsep Transportable

Kuala Lumpur, KLS: Bersempena sambutan Hari Tentera Darat yang ke 77, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin telah sempat mengadakan temuramah bersama-sama dengan KLS Review.

Hasil temuramh ramah ini akan dipecahkan kepada dua versi iaitu versi bahasa mandarin dan bahasa Malaysia.

Untuk makluman pembaca,KLS Review masih tidak mampu menghasilkan kesemua laporan kami dalam Bahasa Malaysia.Akan tetapi,pihak kami akan cuba berusaha ke arah mempertingkatkan lagi mutu persembahan KLS Review versi Bahasa Malaysia.

KLS: Senario pembangunan tentera darat masa kini menjurus kepada¡°transportable¡±,di mana aset-aset tentera darat adalah mudah diangkut dan diaturgerakkan.Adakah ciri-ciri ini akan diambil kira oleh TDM?
PTD: Melihatkan kepada keperluan senario ancaman dan perkembangan teknologi semasa,sememangnya aspek ¡°transportable¡± menjadi objektif utama dalam perancangan pertahanan Negara.Malahan ciri-ciri ini telah lama diambilkira oleh TDM.Akan tetapi perlaksanaan perkara ini tidak dapat direalisasikan dalam jangka masa yang singkat kerana kekangan kewangan serta melibatkan kos yang tinggi.Namun begitu perlaksanaan secara berperingkat memang menjadi agenda utama TD melalui Pelan Pembangunan Strategik Army 210 plus 10 sebagai panduan yang telah disasarkan.
¡¡
KLS: Adakah kesemua kenderaan VAMTAC telah diserahkan kepada TDM?
PTD: Kesemua kenderaan VAMTAC telahpun TDM menerimanya pada akhir tahun lepas,kenderaan ini juga telah ditempatkan di pasukan-pasukan yang telah dirancangkan.

KLS: Pada pandangan TDM adakah kenderaan AV4 masih relevan dan memenuhi permintaan TDM?
PTD: AV4 merupakan kenderaan yang dibangunkan oleh DRB-HICOM dan telah diperkenalkan semasa DSA 2006.Walaubagaimanapun keupayaan sebenar kenderaan tersebut belum diuji secara khusus kerana syarikat tidak pernah menawarkan untuk diujinilai oleh TDM.

KLS: Adakah kesemua 48 kenderaan ADNAN yang diperolehi semasa DSA 2008 ini telah diserahkan kepada pihak TDM?
PTD: TDM masih belum menerima ke semua 48 buah kenderaan ADNAN tersebut.Hal ini demikian kerana kenderaan ini masih dalam proses pemasangan secara berperingkat-peringkat.
¡¡
KLS: Bolehkah TDM menyatakan pecahan jenis versi serta Turet yang digunapakai oleh 48 buah kenderaan ADNAN INI?
PTD: Sistem Turet yang digunapaki ialah jenis One-man turret.
¡¡
KLS: Mengenai perolehan kenderaan IFV 8X8 TDM,apakah jenis turet yang dikehendaki oleh pihak TDM?Adakah turet yang berkaliber kecil seperti 25mm ini masih relevan?
PTD: Rancangan 8x8 masih diperingkat awal di mana TDM baru sahaja membangunkan Keperluan Staf Am ataupun KESAM bagi kenderaan tersebut dan ianya telah dimajukan untuk tindakan selanjutnya oleh Kementerian Pertahanan. Sehubungan itu,konfigurasi dari segi versi dan turet adalah bergantung kepada fungsi kenderaan samada bagi tugas tinjauan,pengawasan dan membawa anggota yang berdasarkan kepada KESAM yang telah dibangunkan. ¡¡
¡¡
KLS: Bolehkan TDM menyatakan status operasi terkini Pendekar?Adakah latihan krew Pendekar masih dijalankan?
PTD: Kenderaan PENDEKAR akan ditempatkan di 11 KAD£¨Pejimen Tank£©.Rejimen ini akan beroperasi pada bulan Jun 2010.Buat masa ini Rejimen sedang melaksanakan latihan intensif terhadap krew,pemandu dan juruteknik supaya mereka mahir dengan kenderaan tersebut.Pada masa ini status operasi kenderaan Pendekar berada di tahap yang memuaskan.Memang tidak dapat dinafikan terdapat beberap kerosakan berlaku ekoran dari latihan yang intensif dan kesesuian anggota yang mengendalikan sistem.Namun ianya boleh diatasi sebelum status operasi pada bulan Jun 2010.
¡¡
KLS: Adakah kenderaan Stormer masih beroperasi?
PTD: Kenderaan Stormwer masih digunakan di dalam TDM sebagai Kenderaan Pengangkut Perisai Beruntut.
¡¡
KLS: Bagaimanakah perkembangan terkini kerja-kerja pemasangan pod senjata ke atas helikopter PUTD?
PTD: Untuk makluman,sebanyak 6 buah helikopter A109LOH milik PUTD akan dilengkapi dengan pendawaian bagi sistem persenjataan 70 mm roket dan 20 mm canon.Namun begitu berdasarkan peruntukan kewangan yang sedia ada,pemasangan pd senjata ini ditangguhkan untuk memberi keutamaan kepada perolehan aset-aset TDM yang lebih kritikal.

Walaubagaimanapun perkara ini tidak diketepikan,perolehan bagi pemasangan pod senjata ini telah dirancang pada RMK 10 nanti.

 

 

Balik Utama

 


 


About Us
| Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©Copyright 2007-2009 KLSreview.com | Powered by: http://www.shinjiru.com/