SlavaRossii

Cari.Com Defense Forum

Advertisement

Guestbook

 

KLS Search

 



Thailand Hasil Kenderaan HUMVEE

Bangkok, KLS: Industri Pertahanan kenderaan Pertahanan di Thailand telah mempamerkan keupayaan mereka semasa Bangkok Defense and Security 2009 baru-baru ini.

Firma Thailand Thairung telah mempamerkan versi HUMVEE buatan Thailand sendiri. Menurut pihak Thairung, sebahagian teknologi kenderaan ini telah mengambil kira teknologi kenderaan awam Toyota.

Walaubagaimanapun, syabas kepada pihak Thairung atas usaha untuk menghasilkan kenderaan HUMVEE ataupun lebih dikenali sebagai TR MILITARY UTILITY VEHICLE 4x4.

Thairung berkata, mereka mengambil masa 4 bulan untuk menghasilkan kenderaan prototaip ini dan ada ruang lagi untuk mempertingkatkan lagi keupayaan kenderaan ini.

Buat masa ini TR MILITARY UTILITY VEHICLE tidak boleh dijadikan sebagai kenderaan pembawa senjata. Akan tetapi pihak Thairung akan membuat kajian dan pembangunan untuk dijadikan sebagai kenderaan pembawa senjta.

Dengan berat 2 ton TR MILITARY UTILITY VEHICLE 4x4 ini mampu diaturgerak dengan pesawat pengangkut dan helikopter serta mampu memasang Armor Modular kit sebagai perlindungan kenderaan.

Kenderaan versi HUMVEE buatan Thailand dari Firma THAIRUNG.



Pandangan sisi kenderaan TR MILITARY UTILITY VEHICLE.

 

 

Balik Utama

 


 


About Us
| Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©Copyright 2007-2009 KLSreview.com | Powered by: http://www.shinjiru.com/