SlavaRossii

Cari.Com Defense Forum

Advertisement

Guestbook

 

KLS Search

 



Hishammuddin Jawab kenapa PDRM tidak pilih AV4

Kenderaan perisai S5 untuk PDRM. Akan tetapi, masih ada suara bertanya kenapa AV4 tidak diutamakan? (Gambar: Tempur)

Kuala Lumpur, KLS: Perolehan kenderaan perisai jenis S5 dari Korea Selatan untuk PDRM disebabkan kenderaan tersebut memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu£®UN£©.
°°
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perolehan kereta perisai berkenaan adalah selaras dengan memorandum persefahaman di antara kerajaan dan United Nation Department of Peace Keeping£®UNDPKO£©bagi penugasan 140 pegawai dan anggota PDRM di Timor Leste£®UNMIT£©.
°°
Beliau menjelaskan isu perolehan kenderaan perisai dari Korea Selatan ini semasa menjawab pertanyaan bertulis di dewan rakyat baru-baru ini.
°°
Perolehan S5 dari Korea Selatan telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dan kejutan untuk semua pihak apabila mereka berpendapat kerajaan harus mengutamakan kenderaan AV4 buatan DEFTECH.
°°
Kata Hishammuddin, S5 mampu dibekalkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan didapati sesuai untuk penugasan setelah ujian kesesuian dijalankan.
°°
Mengenai kenapa AV4 tidak diutamakan, Hishammuddin berkata, perolehan kereta perisai AV4 buatan Malaysia tidak dapat dilaksanakan pada ketika itu kerana AV4 masih lagi dalam peringkat protaip dan rekabentuknya menjurus kepada penugasan ketenteraan.
°°
Beliau berkata, perolehan juga tidak dapat diteruskan kerana tempoh masa yang telah ditetapkan oleh UN adalah terlalu singkat.
°°
°įSekiranya perolehan tidak dibuat ianaya akan menjejaskan keselamatan pegawai dan anggota PDRM yang bertugas.°Ī

Kenderaan perisai AV4 adalah komitment industri pertahanan nasional. Setelah ianya gagal memperolehi kontrak PDRM, adakah AV4 masih relevan?

 

Balik Utama

 


 


About Us
| Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©Copyright 2007-2009 KLSreview.com | Powered by: http://www.shinjiru.com/