SlavaRossii

Cari.Com Defense Forum

Advertisement

Guestbook

 

KLS Search

 



Isu Hubungan Jarkata Dan Kuala Lumpur, kenapa Malaysia Perlu Bersabar? (pembetulan)

Perdana Menteri Malaysia Bersama Dengan Presiden Indonesia baru-baru ini

Kuala Lumpur, KLS: Komuniti Asean ini agar unik. Di mana Malaysia, Indonesia dan Brunei secara tidak langsung membentuk satu Komuniti Islam Asean atau Asean Islamic Comunity.
 
Di antara ketiga-tiga negara ini, Jarkata dan Kuala Lumpur mempunyai pertindihan dan kepentigan di Laut Sulawesi begitu juga dengan Kuala Lumpur juga Bandar Seri Begawan turut mempunyai pertindihan.
 
Baru-baru ini, hubungan Indonesia dan Malaysia kelihatan bergelola. Tidak perlu lagi kami panjang lebar membincangkan apakah yang dimaksudkan bergelola.
 
Akan tetapi, ada suara rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat mengkritik dan mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak bertindak tegas terhadap Indonesia?
 
Adakah Malaysia perlu dan wajar bertindak tegas kepada pihak Indonesia?
 
Jawapannya ialah tidak perlu! Malah pemimpin negara telah berusaha yang terbaik untuk membuktikan kepada dunia Malaysia mampu menyelesaikan masalah dengan berpaksikan kepada semangat umat islam dan semangat Asean.
 
Pada kaca mata KL Security Review, cukup bersyukur kami melihat pemimpin Malaysia bersabar dan penuh dengan toleransi demi kepentigan semangat Asean.
 
Kami pernah membincangkan isu hubungan Jarkata dengan Kuala Lumpur dengan pakar dan para pegawai diplomatik Asean, kami bertukar pandangan sesama sendiri.
 
Di sini kita buat kesimpulan dari hasil perbincangan kenapa Malaysia perlu bersabar dalam isu pergeseran hubungan dengan Jarkata.
 
Yang Pertama, semangat Pertubuhan Persidangan Islam serta semangat umat islam telah menjadi pegangan pemimpin Malaysia.
 
Kaca mata dunia khasnya masyarakat barat akan memerhatikan bagaimanakah Malaysia menyelesaikan pergeseran dua hala ini memandangkan kedua-dua negara adalah komuniti islam yang berwibawa.
 
Selama ini, Malaysia cukup mendokong usaha kedamaian dan keamanan masyarakat Islam dan berpegang kepada semangat umat islam.
 
Jadi dalam soal pergeseran hubungan dengan Jakarta yang turut melibatkan kepentingan minyak di Laut Sulawesi, Malaysia perlu bersabar.

Pemipim Negara Asean harus berusaha untuk menjadikan semangat Asean itu sebagai pegangan mereka untuk mengatasi sesuatu masalah dan gunakan meja rundingan sebagai platform untuk perbincangan

Malaysia tidak boleh bertindak tegas dalam isu Sulawesi malah perlu bersabar berdepan dengan isu yang lain. Sekiranya tdak, maka sudah tentu Malaysia akan dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai negara yang cakap tak serupa bikin.
 
Malaysia perlu bersabar ketika berhadapan dengan isu pergeseran hubungan dengan negara yang majoriti penduduknya yang terdiri daripada umat islam.
 
Malaysia perlu mmbuktikan kepada masyarakat antarabangsa, pergeseran hubungan kedua-dua negara dapat diatasi dengan semangat Pertubuhan Persidangan Islam dan semangat umat Islam tanpa menimbulkan suasana tegang.
 
Akhirnya, Kuala Lumpur berjaya membuktikannya.
 
Malah kesabaran Malaysia ini juga boleh dijadikan sebagai contoh yang terbaik untuk dunia islam lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan umat islam sendiri mahupun antara negara.
 
Kedua, semangat Asean yang turut menjadi asas prinsip kerajaan Malaysia.
 
Selain prinsip semangat umat Islam yang diambilkira oleh kerajaan Malaysia, semangat Asean juga merupakan salah satu faktor mengapakah Malaysia boleh bersabar.
 
Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang berkedudukan tinggi di rantau Asean, tentu sekali perbalahan hanya akan menjejaskan kestabilan rantau ini.
 
Itulah sebab, dalam tempoh pergelolaan ini serta berdepan dengan sentimen marah segelintir rakyat Indonesia, Malaysia sama sekali tidak melayan dengan cara rasmi dan mengelakkan dari berlakunya perang mulut.
 
Ingat! Perang mulut tidak menguntungkan mana-mana pihak. Pertambahan kehadiran aset permukaan di Sulawesi tidak dapat menyelesaikan masalah pergeseran pertindihan laut.
 
Pemimpin Asean harus ingat segala-gala masalah tentu dapat jumpa cara penyelesaian sekiranya kesemua pemimpin Asean berpaksikan kepada semangat Asean.
 
Malaysia dan Indonesia perlu lebih mantang ketika menyelesaikan isu pergeseran kepentigan dan hubungan dua hala, jangan biarkan isu kecil ini menjejaskan usaha kedua-dua negara memelihara kestabilan rantau Asean dan kepentigan bersama di Laut China Selatan.
 
Malaysia, Indonesia, Brunei khasnya harus mempamerkan semangat umat islam yang mantap dan matang untuk membuktikan kepada dunia bahawa segala-gala masalahsekiranya adamelibatkan mereka dapat diselesaikan dengan prinsip Semangat Komuniti Islam Asean yang berpaksikan kepada Semangat Asean.
 
Kenapakah KL Security Review mengemukakan konsep Semangat Komuniti Islam Asean?
 
Semangat Komuniti Islam Asean bukan satu pakatan yang nyata malah ianya hanya hajat dan hasrat penulis untuk menggunakan satu istilah yang unik untuk mencerminkan keunikan rantau Asean.
 
Di mana rantau Asean pemimpinnya dapat mempamerkan kemahuan politik untuk mematuhi semangat Asean. Sementara ini di sini kita dapat perhatikan bagaimanakah satu mini masyarakat islam di rantau ini mereka sanggup menunjukkan semangat umat islam dan semangat Pertubuhan Persidangan Islam untuk menyelasaikan sesuatu masalah selaras dan seiring dengan semangat Asean.
 
Ingin penulis menegaskan di sini, apa yang akan berlaku antara Malaysia, Indonesia dan Brunei tentu akan dinilai oleh para pakar strategik dan diplomatik dunia dari sudut hubungan negara islam dan sudut pertubuhan serantau.
 
Bersyukur kerana para pemimpim dari negara di atas ini, khasnya Malaysia, Indonesia dan Brunei ada kesepakatan persefahaman ini.

Persidangan Asean+3 yang kini berlangsung di Thailand. Pemipim negara Asean harus mempamerkan kepada dunia luar bahawa Asean mampu mengatasi sebarang pertindihan berpaksikan kepada semangat Asean

Kita percaya kerajaan pimpinan Presiden Republik Indonesia Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono akan bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib serta Sultan Brunei Hassanal Bolkiah untuk berganding membangunkan Semangat Pelbagai Cuaca Komuniti Islam Asean ataupun All Weather Asean Islamic Comunity Spirit.
 
Di bawah konsep hubungan ini, mereka tetap bersama-sama untuk menghadapi semua cabaran dua hala dan memastikan mereka tetap bersama untuk kepentingan bersama demi kebaikan rantau Asean tidak kira apa jua cuaca.
 
Maka dunia akan menjadikan Komuniti Islam Asean sebagai antara contoh yang terbaik untuk dunia islam sejagat.
 
Janganlah kita perang mulut dan berbalah. Jangan lupa masing-masing adalah negara yang bertanggungjawab untuk menstabilkan rantau Asean.
 
Buktikan kepada dunia bahawa negara Asean mampu mengatasi dan berunding untuk mencari jalan penyelesaian tidak kira apakah prinsip semangat yang akan guna pakai.
 
Kita berharap Semangat Komuniti Islam Asean boleh kekal menjadi contoh yang terbaik dan membuka mata dunia bahawa walaupun Asean terdiri daripada negara yang berlatar belakang yang berbeza tetapi demi kestabilan dan kepentingan Asean akan tetap bersatupadu!
 
Semangat Asean tetap terpahat di hati pemimpin Asean. Dengan persefahaman ini, Semangat Pelbagai Cuaca Asean akan kami sama-sama usahakan.
 
Satu Komuniti, Satu Komitment, Satu Asean. Usahakan dan bangunkan satu Asean yang cantik lagi indah permai.

Pembetulan: Negara Timor-Leste bukan sebahagian komuniti islam

 

Balik Utama

 


 


About Us
| Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©Copyright 2007-2009 KLSreview.com | Powered by: http://www.shinjiru.com/