SlavaRossii

Cari.Com Defense Forum

Advertisement


Guestbook

 

KLS Search

 



PAT: Cabaran Tentera Darat Boleh Dijadikan Sebagai Eks Tahunan

Kuala Lumpur, KLS: Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, Cabaran Tentera Darat boleh dijadikan sebagai latihan ataupun eks tahunan.
 
Kata beliau, namun demikian pelaksanaannya pada setiap tahun memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi yang meliputi berbagai kos kepada penganjur.
 
Beliau menyatakan, Cabaran TD telah dilaksanakan pada 11 hingga 24 Apr 2009 dan Cabaran TD merupakan pertandingan kemahiran memandu pelbagai kenderaan pacuan empat roda.
 
Cabaran TD berbentuk ekspedisi melalui pelbagai laluan mencabar (berturap dan tidak berturap) sejauh lebih 900 km di Semenanjung Malaysia. Tujuan pertandingan adalah untuk menilai ketahanan mental, fizikal serta kemahiran anggota dan menguji keupayaan kenderaan yang dipandu dalam berbagai bentuk muka bumi serta cuaca.
 
Pertandingan merangkumi ujian khas pengendalian pemandu (operator) dalam aspek perancangan penggerakan, perintah dan kawalan, pemanduan siang dan malam, senggaraan kenderaan serta tindakan semasa melalui halangan. Penglibatan keseluruhan adalah seramai 130 orang peserta dengan 24 pelbagai jenis kenderaan.
 
Mengenai sama ada elemen Cabaran TD dapat diperkembangkan atau tidak, beliau berkata, ini bergantung kepada elemen yang akan diuji sama ada anggota pengendali (operator) atau kenderaan (mesin).
 
^Ini adalah kerana keupayaan Tentera Darat banyak bergantung kepada keserasian anggota dalam mengendalikan mesin atau alat yang disediakan di dalam situasi dan keadaan yang berbeza. ̄

 

Balik Utama

 


 


About Us
| Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©Copyright 2007-2009 KLSreview.com | Powered by: http://www.shinjiru.com/