SlavaRossii

Cari.Com Defense Forum

 

Advertisement


Guestbook

 

KLS Search

 



Kepulangan KD Sri Inderapura Dan KD Hang Tuah

Lumut, KLS: Majlis sambutan kepulangan KD SRI INDERAPURA£®1505£© dari misi mengiringi kapal dagang milik negara yang merentasi kawasan ancaman perlanunan antarabangsa, Perairan Teluk Aden diadakan secara sederhana tetapi meriah di Jeti Operasi, Pangkalan Lumut TLDM di sini pagi ini.
°°
Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Markas Armada menyatakan, misi yang lebih dikenali sebagai Operasi Fajar 4/2009 ini diterajui oleh Kdr Zainoddin Hassan TLDM selaku Pegawai Memerintah dan Ketua Gugus Tugas sepanjang operasi di Perairan Teluk Aden.
°°
Penugasan KD SRI INDERAPURA merupakan kali kedua bagi kapal ini di kawasan tersebut.
°°
Ia memulakan pelayaran ke kawasan operasi pada 10 Mei lalu dengan krew seramai 271 orang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat termasuk Tim PASKAL dari KD PANGLIMA HITAM, Tim Perubatan dari Bahagian Kesihatan dan Skuadron 501 SUPER LYNX serta krew dari kapal MISC.
°°
Sepanjang penugasannya, KD SRI INDERAPURA telah berjaya memastikan keselamatan dan mengiringi 7 buah kapal MISC dan kapal-kapal yang membawa barang dagangan penting Malaysia melalui Perairan Teluk Aden dengan selamat tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.
°°
Sementara ini, pada 14 Mei yang lalu, telah berlangsung majlis sambutan kepulangan KD HANG TUAH£®76£©.

Misi yang lebih dikenali sebagai Operasi Fajar 3/2009 ini, diterajui oleh Kdr Mustafa Kamal bin Wahab TLDM, Pegawai Memerintah KD HANG TUAH yang juga selaku Ketua Gugus Tugas sepanjang operasi di perairan Teluk Aden. KD HANG TUAH telah memulakan pelayaran ke kawasan operasi pada 4 Feb 09 dengan krew seramai 204 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat termasuk tim perubatan, tim Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan pegawai serta krew helikopter Fennec.
°°
Sepanjang penugasan, KD HANG TUAH telah berjaya melaksanakan 12 konvoi iringan yang meliputi 17 buah kapal dagang Negara. Selain itu, KD HANG TUAH juga telah berjaya melindungi 4 buah bot tunda dari Malaysia sepanjang operasi ini.

KD HANG TUAH£®76£©telah selamat kembali ke jeti operasi pangkalan TLDM LUMUT.



Anggota KD SRI INDERAPURA £®1505£©selamat menjalankan tugas di Teluk Aden dan selamat kembali ke tanahair.

 

Balik Utama

 


 


About Us
| Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©Copyright 2007-2009 KLSreview.com | Powered by: http://www.shinjiru.com/