SlavaRossii

Cari.Com Defense Forum

 

Advertisement


Guestbook

 

KLS Search

 



TLDM Bantu Kapal Perang Indonesia

Lumut, KLS: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengambil tindakan pantas bagi menawarkan bantuan kepada kapal perang TNI-AL, KRI TELUK MANADO yang mengalami masalah mekanikal di Perairan Pulau Perak semasa kapal perang TNI-AL itu dalam pelayaran menuju ke Pangkalan Angkatan Laut (LANAL) di Belawan.

TLDM menghantar kapalnya, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL serta Helikopter SUPER LYNX dari Skuadron 501 yang berpangkalan di sini untuk memantau serta sedia memberikan bantuan kepada kapal tersebut setelah mendapat maklumat dari pasukan ATM yang bertugas di Pulau Perak dan ianya disahkan oleh Penasihat Pertahanan di Jakarta yang memaklumkan KRI TELUK MANADO menghadapi masalah enjin di perairan Pulau Perak yang terletak 60 batu nautika dari Pulau Langkawi .

Menurut kenyataan akhbar Markas Armada TLDM, ketika kejadian, lebih kurang jam 12 tengahari asap tebal telah kelihatan dari kapal tersebut dan ketika dihubungi oleh Helikopter SUPER LYNX, kapal TNI-AL itu memaklumkan mereka mengalami masalah mekanikal dan keadaan terkawal dan tidak memerlukan bantuan.

Walau bagaimana pun, kapal tersebut telah meminta kebenaran untuk bersauh 2 batu nautika barat Pulau Perak sehingga menunggu kapal bantuan TNI-AL.

Pulau Perak adalah merupakan salah satu pulau strategik di Selat Melaka yang terletak di dalam perairan Malaysia. Dilaporkan sebuah kapal TNI-AL dari Belawan, KRI KAPITAN PATIMURA sedang menuju ke Perairan Pulau Perak untuk mengiringi KRI TELUK MANADO balik ke Belawan lewat petang ini.

KRI TELUK MANADO yang mengalami masalah mekanikal di Perairan Pulau Perak.(Gambar Markas Armada TLDM.)

 

Balik Utama

 


 


About Us
| Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©Copyright 2007-2009 KLSreview.com | Powered by: http://www.shinjiru.com/