KLSreview Logo

 

KD Sri Indera Sakti Selesai Penugasan Di Teluk Aden

KLS: Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, KD SRI INDERA SAKTI teleh berjaya melaksanakan 10 konvoi dengan mengiringi 14 buah kapal MISC.

Tambah beliau, TLDM turut melindungi 5 buah kapal MISC dan 2 bot tunda milik sebuah syarikat Malaysia serta 13 buah kapal dagang pelbagai negara.

Beliau berkata demikian, ketika menghadiri Majlis Sambutan Kepulangan KD SRI INDERA SAKTI pada pagi ini. Ini bermakna secara rasminya penugasan KD SRI INDERA SAKTI di Teluk Aden telah tamat.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pegawai memerintah KD SRI INDERA SAKTI selaku Ketua Gugus Tugas 30.2 dan seluruh warganya di atas kejayaan mematahkan 2 kali serangan lanun ke atas kapal dagang China MV ZHEN HUA 4 dan India MT Kalam Abdul Azad.

Beliau berkata,tindakan pantas dan profesional warga kapal dan krew pesawat telah diperamati oleh masyarakat antarabangsa.

Keupayaan KD SRI INDERA SAKTI mewujudkan kerjasama dengan Combined Task Force 150 dan juga tentera laut negara asing yang turut melaksanakan tugasan yang serupa dan seterusnya dimohon untuk memberi bantuan kepada CTF 150 mempunyai nilai yang tinggi iaitu selain dari menaikkan imej TLDM serta negara, kata Ahmad Kamarulzaman.

Warga KD SRI INDERA SAKTI telah selamat pulang ke jeti operasi Pangkalan Lumut pada 27hb Februari 2009. Kepulangan mereka disambut oleh pegawai kanan TLDM dan ahli keluarga masing-masing.(Gambar rasmi Markas Armada TLDM)

 

回到首页